noOR8388
drpd ustzah fatty:

Ada orang kata cinta sebenarnya sama seperti kita menunggu bas. Apabila bas itu datang, kita tengok bas itu dan kita kata pada diri sendiri, "Penuhnya... tidak ada tempat duduk." Jadi, kita katakan pada diri kita, "Saya akan tunggu bas yang lain." kita biarkan bas itu berlalu dan kita tunggu pula bas yang lain. Kemudian, datang pula bas yang kedua. Kita tengok bas itu dan kita akan cakap, "Eee... bas ini buruk sangat, tentu tidak selesa. Dan mungkin bas ini akan rosak di tengah jalan." Jadi, kita pun biarkan bas buruk itu berlalu dan kita bercadang hendak tunggu bas yang seterusnya. Selepas beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yang datang itu kosong, tidak penuh dan tidak seburuk bas yang tadi tetapi kali ni kita kata, "Emmm.... Tidak ada air-cond... cuaca pula panas. Lebih baik saya tunggu bas yang lain." Dan sekali lagi kita biarkan bas itu berlalu dan kita bercadang hendak menanti bas yang seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru kita perasan yang kita sebenarnya sudah terlambat. Kita mula panik dan terus naik bas yang datang pada masa itu walaupun bas itu tidak begitu sempurna. Dan kemudian barulah kita sedar yang kita sudah naik bas yang salah. Jadi, selama ini kita sudah membazir banyak masa dan wang bagi menunggu apa yang kita mahu. Walaupun yang datang itu adalah bas yang beraircond, adakah kita dapat pastikan yang bas itu tidak akan rosak di tengah jalan ataupun mungkin bas itu tidak terlalu sejuk untuk kita? Jadi, (terutamanya golongan perempuan, lelaki pun samalah) mengingini apa yang kita idamkan itu memang tidak salah. Tetapi, tidak salah juga jika kita sanggup memberi satu peluang kepada orang lain, bukan? Sekiranya kita dapati 'bas' itu tidak sesuai dengan kita, apa yang perlu kita lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas itu. Tetapi... saya pasti kita semua tentu ada pengalaman begini. kita nampak sebuah bas datang (tentulah bas yang kita nanti-nantikan), kita tahan bas itu tetapi pemandu bas itu pula buat tidak faham dan pura-pura buat tidak nampak kita dan terus berlalu tinggalkan kita! Bagi saya, apabila ada bas seperti itu melintasi saya, apa yang saya lakukan adalah BERJALAN. Bodoh sebenarnya hendak mengejar bas itu kerana setiap kali kita mengejarnya, kita akan terjatuh dan menyakiti diri sendiri. Jadi, bercinta umpama menunggu bas, sama ada anda hendak naik dan beri peluang pada bas itu ataupun tidak... semuanya terpulang pada diri anda. Dan apabila anda berjalan, anda sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta.
0 Responses